Pusat Media

Syarikat Tujuan Khas Untuk Memacu Pelaksanaan 5G Malaysia

24 Feb 2021
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin membuat penjelasan lanjut dan mengulangi maklumat yang dikongsi pada sesi taklimat bersama penganalisis baru-baru ini, berhubung matlamat penubuhan Syarikat Bertujuan Khas Kerajaan Malaysia (GOMSPV) untuk 5G yang akan dikawal selia oleh MCMC.

Pihak Suruhanjaya fokus kepada usaha menggalakkan pelaburan ke sektor-sektor yang betul umpamanya perkhidmatan inovatif dan mampu mencetuskan perubahan kepada pengguna, perusahaan dan negara secara umumnya sambil memastikan jurang digital berada pada tahap minimum.

Untuk melaksanakan usaha sedemikian, sebuah GOMSPV yang dikawal selia oleh MCMC akan memberikan tumpuan kepada usaha melaksanakan rangkaian 5G. Usaha ini merupakan kunci agar pihak penyedia perkhidmatan sedia ada dapat meneruskan usaha pelaksanaan gentian optik serta memperbaiki liputan dan kualiti 4G. Beban 5G tidak terletak pada pihak penyedia perkhidmatan dan pada masa sama, memastikan risiko jurang digital berada tahap minimum sepanjang pelaksanaan rangkaian 5G dengan penerusan pelaksanaan gentian optic dan rangkaian 4G.

Selain itu, akan ada pembabitan sektor swasta yang akan diperjelaskan dengan lebih menyeluruh oleh GOMSPV tidak lama lagi.

Spektrum disediakan kepada GOMSPV akan membina rangkaian dan menawarkan kapasiti secara borong. Model bukan bidaan yang diterima pakai adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk tidak meletakkan beban kos kepada rangkaian baharu, selain memastikan bahawa elemen rangkaian sedia ada akan digunakan dan GOMSPV hanya akan membuat elemen rangkaian yang baharu. GOMSPV akan menawarkan perkhidmatan secara borong secara telus dan dikawal selia. Penyedia perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan runcit akan mempunyai akses yang terbuka, saksama dan setara kepada rangkaian baharu.

Ini merupakan petunjuk kukuh ke arah pengurangan persaingan berasaskan infrastruktur dan mempertingkatkan persaingan berasaskan perkhidmatan, ini bukan sahaja akan memanfaatkan pengguna tetapi juga mengurangkan aliran keluaran asing terutamanya untuk peralatan baharu jika terdapat pelbagai pemain yang membina rangkaian.

Penyedia perkhidmatan runcit boleh melabur dalam perkhidmatan yang lebih inovatif, yang akan membantu mereka menjana pendapatan yang lebih baik sementara pengguna dapat menggunakan perkhidmatan baharu untuk menjana lebih banyak ekonomi yang berkaitan dengan digital. 

PDF

Kongsi artikel ini
Follow