Pusat Media

Menara Komunikasi Milik TM Tumbang Akibat Hujan Lebat Dan Angin Kencang (Cont')

15 Jun 2021
MENARA KOMUNIKASI MILIK TM TUMBANG AKIBAT HUJAN LEBAT DAN ANGIN KENCANG DI SEBERANG PERAK, PERAK TENGAH
 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan terdapat satu insiden menara milik TM yang dikongsi bersama dengan Celcom telah tumbang dipercayai akibat kejadian hujan lebat dan angin kencang di Seberang Perak, Perak Tengah pada 13 Jun 2021 sekitar jam 4.00 petang.

Ekoran daripada kejadian menara yang tumbang, gangguan liputan komunikasi dan Internet dijangka berlaku bagi pelanggan TM Unifi Mobile dan Celcom.

Lantaran itu, pihak MCMC telah mengarahkan penyedia perkhidmatan yang berada di menara tersebut untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih dengan segera. Sebagai langkah awal, Mobile Base Transceiver Station (MBTS) akan digerakkan ke lokasi kejadian untuk memberikan perkhidmatan dan memulihkan liputan selewat-lewatnya Jumaat ini.

 

PDF
 

Kongsi artikel ini
Follow