Pusat Media

MCMC Rakam Penghargaan Kepada Kerajaan Negeri Sembilan Atas Kelulusan Terhadap Garis Panduan (Cont')

28 Jun 2021
MCMC RAKAM PENGHARGAAN KEPADA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN ATAS KELULUSAN TERHADAP GARIS PANDUAN BANTAHAN TERHADAP INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI
 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan atas keputusan untuk memberi kelulusan dan pemakaian terlaras bagi  Garis Panduan Bantahan Terhadap Infrastruktur Komunikasi di negeri tersebut.
 
Garis Panduan berkenaan, yang dibangunkan bersama oleh MCMC dan Kerajaan Negeri Sembilan memberi penyelesaian kepada kerajaan negeri dalam menangani aduan atau bantahan terhadap pembangunan infrastruktur secara saksama dan cekap.
 
Tindakan berkenaan adalah bagi menjaga kepentingan hak penduduk untuk hidup dan bekerja dalam suasana persekitaran yang selamat serta bebas daripada keadaan yang berbahaya serta memastikan agar pembangunan infrastruktur komunikasi dapat dibangunkan secara teratur dan mampan seiring dengan permintaan keperluan teknologi komunikasi yang tinggi.
 
Garis Panduan tersebut akan terus digunakan oleh pelbagai pihak berkepentingan di Negeri Sembilan seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri, Bahagian Kerajaan Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), syarikat-syarikat disokong oleh Kerajaan yang dilantik, agensi-agensi negeri, Telecommunication One-Stop Agency Negeri Sembilan (TOSA) serta industri telekomunikasi sebagai rujukan dan panduan serta pematuhan bagi pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Sembilan.

PDF
 
Kongsi artikel ini
Follow