Pusat Media

Kebakaran Melibatkan Kabin Menara Komunikasi Di Menara Felda, Seberang Tayor, Kemaman, (Con't)

31 Ogo 2021
KEBAKARAN MELIBATKAN KABIN MENARA KOMUNIKASI DI MENARA FELDA, SEBERANG TAYOR, KEMAMAN, TERENGGANU: KERJA BAIK PULIH RANGKAIAN KOMUNIKASI TERJEJAS DIJALANKAN

Satu insiden kebakaran telah berlaku melibatkan kabin menara komunikasi di Menara Felda Seberang Tayor, Kemaman Terengganu. Kejadian berlaku sekitar pukul 5.58 petang pada hari Isnin 30 Ogos 2021 lalu melibatkan sebuah menara komunikasi milik pihak Desabina Industries Sdn Bhd yang digunakan oleh pihak Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile.

Punca kebakaran di kabin menara komunikasi berkenaan masih dalam siasatan. Kebakaran tersebut telah memusnahkan semua peralatan di dalam kabin, bahagian dalam kabin dan bekalan elektrik di menara berkenaan namun tidak melibatkan struktur menara sedia ada. Kerosakan peralatan pada menara ini juga mengakibatkan gangguan perkhidmatan di beberapa buah menara yang bersambungan iaitu di Felda Air Puteh, Lubuk Lesong, Kg. Paman, Ladang Boustead, Kg. Pasir Gajah, Kg. Lubuk Lesung, Kg. Pasir Semut, Kg. Tebak dan Kg. Teladas.

Sehubungan itu, semua penyedia perkhidmatan yang berada di menara tersebut telah mengambil langkah sementara dengan menggerakkan Mobile Communication Vehicle (MCV) dan Portable Base Transceiver Station (pBTS) ke lokasi kejadian untuk memberikan perkhidmatan sehingga kerja-kerja baik pulih siap sepenuhnya, yang dijangkakan selewat-lewatnya Isnin depan.

PDF
 
Kongsi artikel ini
Follow