Pusat Media

Anda Tidak Lagi Boleh Menghantar Pautan URL Melalui SMS Bermula 2 Mei 2023

28 Apr 2023, Amanz
Selari pengumuman kerajaan sebelum ini, kini pelbagai syarikat telekomunikasi telah mula memaklumkan para pengguna, yang mana tiada lagi penghantaran pautan URL akan dibenarkan bermula 2 Mei 2023 kelak.

Bermula 2 Mei 2023, sebarang SMS yang mempunyai pautan, akan dihalang penghantarannya. Langkah ini adalah salah satu usaha kerajaan dalam mengekang serangan siber dan membuatkan orang ramai menjadi mangsa kepada pelbagai penipuan dengan hanya klik pada sesuatu pautan berbentuk hasad.

Untuk permulaan, penghantaran SMS dengan URL akan dihalang antara nombor telefon individu. Perniagaan masih boleh menghantar SMS dengan pautan menggunakan kod ringkas 6XXXX, 2XXXX, dan 1XXXX – namun ia hanya terhad untuk sementara waktu, dan turut akan dihalang tidak lama lagi.

Kongsi artikel ini
Follow