Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) di Melaka

MCMC telah menjalankan Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) bersama Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil di Melaka pada 26 Januari 2024.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa dan turut disertai penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih iaitu CelcomDigi, Maxis, Unifi Mobile (TM) dan YES (YTL).

Pada program ini, ujian dilakukan di Melaka River Cruise, sebuah lokasi yang sinonim sebagai tarikan pelancong.

Kementerian Komunikasi dan MCMC akan bekerjasama rapat dengan penyedia rangkaian mudah alih bagi membantu mempertingkat mutu perkhidmatan rangkaian di Melaka untuk manfaat masyarakat setempat dan para pelancong.

#MCMC 
#KementerianKomunikasi
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow