Sambutan Ulang Tahun Perbadanan Putrajaya yang ke-28 & Ulang Tahun Penubuhan Wilayah Persekutuan ke-50

MCMC telah membuka reruai di Dewan Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya sempena sambutan Ulang Tahun Perbadanan Putrajaya yang ke-28 & Ulang Tahun Penubuhan Wilayah Persekutuan ke-50.
 
Sambutan ini bermula dari 1 hingga 4 Februari di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3 WP Putrajaya.
 
Antara aktiviti menarik yang terdapat di reruai MCMC adalah permainan seperti Klik Dengan Bijak (KDB) Celik Rimba, Cross Word Puzzle, Digital Colouring dan banyak lagi.
 
Selain itu, MCMC turut membuka kaunter aduan  untuk membuat sebarang laporan seperti isu perkhidmatan Internet dan kesalinghubungan yang terdapat di kawasan masing-masing.

#MCMC
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow