Program Singgah Sahur Bersama Anak-anak Yatim Darul Aitam Walmasakin di Alor Setar, Kedah

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil telah menghadiri program Singgah Sahur Bersama Anak-anak Yatim Darul Aitam Walmasakin di Alor Setar, Kedah hari ini. Turut serta menemani beliau ialah Ketua Pegawai Operasi MCMC; Dato Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

Ketibaan beliau telah disambut mesra oleh Pengerusi Rumah Anak- anak Yatim Darul Aitam; Dato’ Mansor Haji Ismail yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Negeri Kedah.

Program sebegini sudah pasti memberikan keceriaan kepada penerima dan dapat memberi peluang kepada para pemimpin untuk beramah mesra dengan penghuni rumah anak yatim, selain dapat memupuk keinsafan dan kesyukuran dalam diri sendiri.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow