Pertemuan MCMC Negeri Terengganu dengan Terengganu Telecommunications Sdn Bhd (TCOMM)

Semalam, MCMC Negeri Terengganu telah mengadakan pertemuan dengan Terengganu Telecommunications Sdn Bhd (TCOMM), yang diketuai Pengarah MCMC Negeri Terengganu, Tuan Haji Abdul Mubin Mohd Zain dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif TCOMM, En. Yousri Taibin.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan kerjasama di antara MCMC dan TCOMM. 

Pada pertemuan berkenaan, perbincangan antaranya berkisarkan status semasa projek telekomunikasi, serta lain-lain peluang kerjasama di masa hadapan.

Projek JENDELA Fasa 1 sebelum ini adalah cerminan komitmen dan kerjasama TCOMM dan kerajaan Negeri Terengganu dalam memastikan manfaat pembangunan industri telekomunikasi berkualiti untuk rakyat di negeri Darul Iman.

#MCMC
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow