MCMC Negeri Sabah turun padang bagi menyantuni aduan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengkoka

MCMC Negeri Sabah telah turun padang bagi menyantuni aduan kepada MCMC melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengkoka merangkap Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah, YB Datuk Harun Bin Durabi.

Pada pertemuan yang berlangsung 26 Januari lalu, antara intipati perbincangan adalah langkah penyelesaian isu gangguan menara telekomunikasi di Kg. Pandan Mandamai, serta laporan masalah liputan oleh penduduk Kg. Layang-Layang, Kg. Sulakulong, Kg. Pondoi dan Kg. Kasagaan. 

Hasil semakan awal mendapati, terdapat beberapa kawasan yang telah dikenal pasti mencapai liputan terhad dan beberapa lokasi lagi sedang dalam pelaksanaan pelan JENDELA.

Tindakan susulan akan diambil dan MCMC akan bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan bagi menambah baik kualiti perkhidmatan rangkaian.

#MCMC
#JENDELA
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow