MCMC bertemu PDRM bagi membincangkan keperluan memperkasa tindakan siasatan dan penguatkuasaan kandungan media sosial berkaitan π˜™π˜’π˜€π˜¦, π˜™π˜¦π˜­π˜ͺ𝘨π˜ͺ𝘰𝘯, π˜™π˜°π˜Ίπ˜’π˜­π˜΅π˜Ί (3R)

Pada hari ini telah berlangsung satu pertemuan antara Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Abd Jalil Hassan bagi membincangkan berkenaan keperluan memperkasa tindakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung kandungan media sosial berkaitan π˜™π˜’π˜€π˜¦, π˜™π˜¦π˜­π˜ͺ𝘨π˜ͺ𝘰𝘯, π˜™π˜°π˜Ίπ˜’π˜­π˜΅π˜Ί (3R).

Melalui pertemuan ini telah dipersetujui supaya dua (2) pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan ditempatkan di MCMC bagi memantapkan keupayaan dan kepakaran kedua-dua agensi penguatkuasaan bagi tujuan risikan, siasatan dan pendakwaan. 

Pemerkasaan kerjasama sebegini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa serta mengambilkira keperluan terkini dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang negara.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow