Lawatan Kerja Rasmi Menteri Komunikasi dan Digital; YB Fahmi Fadzil ke PEDi Seberang Terus, Alor Setar, Kedah

Sekitar lawatan kerja rasmi Menteri Komunikasi dan Digital; YB Fahmi Fadzil ke PEDi Seberang Terus, Alor Setar, Kedah. Beliau diiringi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital; Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek dan Ketua Pegawai Operasi MCMC, Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus. YB Menteri turut beramah mesra dengan peserta taklimat Klik Dengan Bijak yang diadakan pada hari tersebut. 

Pengurus PEDi Sebarang Terus telah memberikan taklimat berkenaan PEDi kepada yang hadir. Produk keusahawan tempatan PEDi juga dipamerkan seperti barangan kosmetik dan wangian, bekas makanan, makanan kering dan lain-lain. Puan Sofea Nariza Abd Razak; Ikon Usahawan PEDi yang merupakan mentor kepada usahawan setempat turut hadir bagi memberi galakkan kepada usahawan baharu agar terus bergiat di dalam e-keusahawanan. 

Selain itu juga, YB Menteri telah menyerahkan sumbangan komputer terpakai sebanyak 10 unit kepada dua pihak sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Perdana dan Sekolah Kebangsaan Wan Sulaiman Sidiq. Ini merupakan inisiatif di bawah program ‘Sumbangan Komputer Terpakai’ oleh pihak CelcomDigi, di mana setakat hari ini 252 dari 400 sekolah yang dipilih telah menerima sumbangan sebanyak 955 unit komputer di 133 PEDi. Inisiatif ini bagi memastikan pelajar tidak tertinggal dan diberikan peluang menikmati akses jalur lebar melalui komputer.

MCMC akan terus melaksanakan pelbagai program pendigitalan ekonomi menerusi PEDi dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, syarikat telekomunikasi dan lain-lain bagi pembangunan aktiviti digital ekonomi masyarakat setempat. 
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow