Mengenai Kami

YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi

 
 

YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi telah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkuat kuasa 6 Februari 2024 untuk tempoh dua (2) tahun.

Dilahirkan di Sabah pada 18 Jun 1970, YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial daripada Universiti Malaya pada tahun 1995. Beliau kemudiannya telah menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Pengajian Antarabangsa di University of Queensland, Australia pada tahun 2010.

YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi telah berkhidmat sebagai penjawat awam selama 28 tahun. Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Penolong Setiausaha pada tahun 1996 di Kementerian Kewangan. Sepanjang tempoh 28 tahun dalam perkhidmatan awam, YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi telah berkhidmat dalam pelbagai agensi Kerajaan antaranya Institusi Tadbiran Awam (INTAN), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Pertahanan. Beliau kini memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Dalam Negeri.

Hasil daripada pencapaian cemerlang beliau dalam perkhidmatan awam, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi telah dikurniakan darjah kebesaran iaitu Bintang Setia Kinabalu (B.S.K) pada tahun 2005, Kesatria Mangku Negara dan Ahli Darjah Kinabalu (A.D.K) pada tahun 2013, Darjah Indera Mahkota Pahang pada tahun 2016 serta Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) pada tahun 2018.
 
Follow