Mengenai Kami

Prof. Dr. Mohamad Salmi Bin Mohd Sohod

 
 

Prof. Dr. Mohamad Salmi Bin Mohd Sohod telah dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 26 Januari 2023 bagi tempoh selama dua (2) tahun.

Prof. Dr. Mohamad Salmi Bin Mohd Sohod mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam pendidikan tinggi awam dan swasta. Beliau kini merupakan Profesor dan Pengerusi di Asia Metropolitan University. Prof. Dr. Mohamad Salmi Bin Mohd Sohod juga merupakan Lembaga Pengelola beberapa universiti lain, iaitu Kings University College, ASIA Metropolitan International School dan Universiti Cyberjaya. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Foodbank Malaysia, dan Pengerusi Lembaga Pengarah Uniutama Management Holdings Sdn. Bhd. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Profesor Madya di Universiti Utara Malaysia dan sebagai Profesor/Timbalan Naib Canselor di Universiti Tun Abdul Razak. Prof. Dr. Mohamad Salmi Bin Mohd Sohod juga pernah berkhidmat sebagai Profesor/Timbalan Dekan di Sheikh Hamdan University, Dubai United Arab Emirates pada tahun 2002.
 
Prof. Dr. Mohamad Salmi Bin Mohd Sohod memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembuatan dan Ijazah Sarjana Sains dalam Pembuatan/Industri dari Western Michigan University, USA; dan Doktor Falsafah dalam Pengurusan dari Universiti Bradford, United Kingdom. Bidang pengkhususan beliau termasuk Pengurusan/Perancangan Strategik, Pengurusan Teknologi, Pengurusan Sumber Manusia dan Keusahawanan.
 
Kepakaran profesional Prof. Dr. Mohamad Salmi Bin Mohd Sohod dalam pengurusan strategik dan keusahawanan diperakui apabila beliau dilantik sebagai Penasihat kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari 2018 hingga 2020 dan Ahli Majlis Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada tahun 2018.
 
Prof. Dr. Mohamad Salmi Bin Mohd Sohod telah menerbitkan dan membentangkan banyak kertas kerja akademik di dalam dan di luar negara, dan telah menjalankan pelbagai penyelidikan dan perundingan dalam bidang teknologi, keusahawanan dan strategi korporat.
 
Follow