YBhg. Tan Sri Datuk Seri (Dr) Mazlan bin Lazim
YBhg. Tan Sri Datuk Seri (Dr) Mazlan bin Lazim telah dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 15 Februari 2022 bagi tempoh selama dua (2) tahun.
YBhg. Tan Sri Datuk Seri (Dr) Mazlan bin Lazim telah dilahirkan di Kota Setar Kedah pada 25 Disember 1961 dan merupakan pemegang kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi Sumber daripada Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1986. Beliau kemudiannya telah melengkapkan pengajian di peringkat Sarjana di universiti yang sama dalam bidang Sains Pembangungan Sumber Manusia pada tahun 1994.
YBhg. Tan Sri Datuk Seri (Dr) Mazlan bin Lazim merupakan figura penting dalam bidang kepolisan negara yang mana beliau telah berkhidmat dan berbakti dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) selama 35 tahun. Beliau telah menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur pada tahun 1986 sebelum ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah sebagai Pengawai Penyiasat pada tahun yang sama. YBhg. Tan Sri Datuk Seri (Dr) Mazlan bin Lazim yang sebelumnya merupakan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, telah dilantik memegang amanah sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Jun 2021 sebelum bersara wajib pada 25 Disember tahun yang sama. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, YBhg. Tan Sri Datuk Seri (Dr) Mazlan bin Lazim telah berkhidmat di pelbagai negeri di seluruh Malaysia serta bertanggungjawab dalam aspek keselamatan untuk pelbagai acara penting peringkat nasional malah antarabangsa yang dianjurkan di dalam negara. Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Negeri Kelantan (Julai 2014 – Jun 2016) dan Kuala Lumpur (Oktober 2017 – September 2020).
Hasil daripada sumbangan bakti yang tidak putus terhadap masyarakat secara khasnya dan negara pada umumnya, YBhg. Tan Sri Datuk Seri (Dr) Mazlan bin Lazim telah dianugerahkan dengan pelbagai pingat dan anugerah, antaranya Ahli Mahkota Kedah (AMK) 2004, Bintang Cemerlang Negeri (BCN) 2005, Paduka Setia Mahkota Kelantan (PSK) 2007, Setia Mahkota Pahang (SMP) 2009, Darjah Dato’ Paduka Setia Mahkota Kelantan (DPSK) 2011, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) 2011, Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) 2015, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) 2016, Seri Mahkota Wilayah (SMW) 2017, Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) 2018, Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) 2021, Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) 2021 dan Panglima Setia Mahkota (PSM) 2022