Mengenai Kami

YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain

 
 

YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain telah dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 4 Januari 2023 bagi tempoh selama dua (2) tahun.

Dilahirkan di Kelantan pada 3 Ogos 1971, YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain merupakan pemegang kelulusan Sarjana Muda Ekonomi (dengan Kepujian) daripada Universiti Malaya pada tahun 1995. Beliau kemudiannya telah menyambung pengajian dalam bidang Sarjana dan berjaya menggenggam kelulusan Sarjana Sains Sosial (Sains Pembangunan) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012.

YBhg. Datuk Muhammad Azmi telah berkhidmat sebagai penjawat awam selama 26 tahun yang mana beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1996 di mana beliau ditempatkan sebagai Penolong Pengarah di Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri. Sepanjang tempoh 26 tahun karier beliau dalam perkhidmatan awam, YBhg. Datuk Muhammad Azmi telah berkhidmat di beberapa agensi kerajaan antaranya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Wilayah Persekutuan dan pernah memegang jawatan sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya. Beliau kini memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.

Hasil daripada sumbangan cemerlang beliau dalam perkhidmatan awam, Datuk Muhammad Azmi telah beberapa kali dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang iaitu pada tahun 2001, 2004, 2009 dan 2013. YBhg. Datuk Muhammad Azmi juga telah dikurniakan darjah kebesaran antaranya Kesatria Mahkota Wilayah (KMW) dan Panglima Mahkota Wilayah (PMW), masing-masing pada tahun 2009 dan 2018. Beliau juga turut menerima gelaran Mejar Kehormat Askar Wataniah pada tahun 2020.
 
Follow