Mengenai Kami

Datuk Lim Thean Shiang

 
 

YBhg. Datuk Lim Thean Shiang telah dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 20 Julai 2022 bagi tempoh selama dua (2) tahun.

YBhg. Datuk Lim Thean Shiang merupakan pemegang kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) masing-masing daripada University of London, England dan Universiti Utara Malaysia.

YBhg. Datuk Lim telah memulakan karier beliau pada tahun 1994 sebagai Eksekutif Pemasaran di TA Construction & Properties Sdn Bhd sebelum menyertai Wayteam Sdn Bhd sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan pada tahun 1996.

Pada tahun 2008, beliau memegang jawatan sebagai Pengurus Besar di Port Klang Authority sebelum dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif di Zon Bebas Port Klang. Antara tahun 2013 dan 2018, YBhg. Datuk Lim Thean Shiang telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di beberapa syarikat di bawah Felda Global Ventures (“FGV”) dan juga bertindak sebagai Penasihat kepada Jawatankuasa Pelaburan FGV selain pernah dilantik sebagai Pengarah di Institut Maritim Malaysia (“MIMA”).

YBhg. Datuk Lim Thean Shiang juga pernah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas di Tropicana Corporation Berhad dari Oktober 2017 sehingga November 2018 sebelum dilantik sebagai Pengarah di Tropicana Kajang Hill Sdn Bhd sehingga Mei 2020.

Selain daripada itu, YBhg. Datuk Lim Thean Shiang turut pernah memegang beberapa jawatan lain antaranya sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (24 Mac 2015), Timbalan Pengerusi Eksekutif (3 November 2017), Pengerusi Eksekutif (10 April 2019), Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas (1 May 2020) di Propel Global Berhad (dahulunya dikenali sebagai Daya Materials Berhad). Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi di Tropicana SJII Education Management Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada St Joseph International School sejak Mei 2018 sebelum meletakkan jawatan pada Mei 2020.

Pada tahun 9 November 2020 YBhg. Datuk Lim Thean Shiang juga merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas bagi GCCP Resources Limited, yang tersenarai dalam pasaran saham Singapura. YBhg. Datuk Lim Thean Shiang kini merupakan Pengerusi Ipoh Cargo Terminal Sdn Bhd, Pengarah bagi Pharmaniaga Berhad dan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas di MSM Malaysia Holdings Berhad (“MSM”) yang mana beliau turut menjadi Ahli bagi kedua-dua Jawatankuasa Pelaburan dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Tadbir Urus Lembaga di MSM.

YBhg. Datuk Lim Thean Shiang mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai inisiatif melibatkan industri telekomunikasi dan agensi kerajaan yang berkaitan termasuklah dalam aspek khidmat nasihat strategi dan polisi.
 
Follow