Press Releases

Waspada Dalam Talian

    CYBERJAYA, 29 November 2017 --- Menyedari bahawa platform komunikasi sering disalahgunakan untuk tujuan penipuan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan pihak pembekal perkhidmatan mengeluarkan satu panduan keselamatan umum kepada orang ramai berkaitan cara-cara untuk melindungi data peribadi mereka daripada disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
     

    Ketua Pegawai Operasi MCMC, Dato’ Dr. Mazlan Ismail menggesapengguna untuk mengambil peduli dalam menguruskan data peribadi mereka dan menyatakan panduan ini adalah usaha berterusan yang dilakukan MCMC dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan serta penggunaan rangkaian komunikasi yang lebih positif.
     

    Selain itu, pihak MCMC juga sentiasa memantau dan memastikan pihak pembekal perkhidmatan mematuhi standard dan peraturan teknikal serta bukan teknikal selaras dengan kehendak semasa dalam menjamin keselamatan dan kerahsiaan data pengguna.
     

    Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada panduan ini untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber.
     

    -TAMAT-

Related Content