Media & Events

Tindakan Menyekat Mana-Mana Laman Sesawang Berpandukan Kepada Undang-Undang Negara

18 May 2018
CYBERJAYA 18 Mei 2018  

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin menegaskan, tindakan untuk menyekat mana-mana laman sesawang adalah berpandukan kepada undang-undang negara.  

Sebagai contoh, kandungan yang bersifat lucah, mempunyai unsur mengancam mahupun jelik akan disekat, berdasarkan kepada aduan yang diterima daripada orang ramai. Semuanya ini dibuat demi ketenteraman awam.   

Bagaimanapun, sekatan yang dibuat akan diteliti semula dan jika sebab atau kriteria untuk menyekat tidak lagi terpakai sejajar dengan impak dan kesan semasa, maka sekatan tersebut akan ditarik balik.  
Dalam kes Sarawak Report dan Medium, tiada lagi keperluan untuk menyekat apabila laporan 1MDB menjadi umum.   

Dalam hal laman sesawang live.undi.info pula, aduan-aduan yang diterima daripada orang ramai antara lain mendakwa bahawa keputusan atau maklumat yang dipaparkan dalam laman berkenaan dilihat kurang tepat. Bagaimanapun selepas meneliti semula kandungan-kandungan yang disiarkan, sekatan ditarik balik memandangkan kriteria-kriteria yang digunakan untuk proses sekatan sebelum ini sudah tidak terpakai dalam situasi semasa.    

SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC) 
Share this article
Follow