Media & Events

'Ratu Naga' Disyaki Muat Naik Gambar Jelik Dan Fitnah

03 Aug 2016
CYBERJAYA, 2 Ogos 2016 --- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan seorang wanita yang menggunakan profil Facebook ‘Ratu Naga’ untuk memuatnaik gambar yang bersifat jelik dan berunsur menghina melibatkan Perdana Menteri,  isteri Perdana Menteri dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang di laman Facebook beliau, baru-baru ini.
 
Dalam satu serbuan yang dijalankan pada pagi tadi di premis suspek di Jalan Klang Lama, beberapa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan kad sim milik suspek tersebut telah dirampas bagi membantu siasatan. Rakaman percakapan dengan suspek juga telah diambil.  
 
Pada masa yang sama, beberapa lagi individu yang turut memuatnaik gambargambar yang dimaksudkan itu telah dikenalpasti dan operasi dipergiat untuk mengesan individu-individu terbabit.  
 
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000.00 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.   
Share this article
Follow