Media & Events

Padah Sebar Berita Palsu, Seorang Individu Disoal-Siasat

15 Mar 2017
CYBERJAYA, 15 Mac 2017 --- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah bekerjasama dengan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini dalam satu serbuan ke atas rumah seorang suspek di Alam Damai, Cheras berhubung dengan penyebaran berita palsu dalam laman Facebooknya yang mendakwa Yang Amat 
Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah meletak jawatan.
 
Siasatan awal yang dijalankan mendapati, suspek yang menggunakan akaun Facebook atas nama “Melayu Solo” itu merupakan pentadbir kepada akaun FB berkenaan.  
 
Siasatan dijalankan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.   
 
-TAMAT-        
Share this article
Follow