Media & Events

MCMC Sekat Laman Sesawang Yang Mengganggu-gugat Kestabilan Negara

19 Jul 2015
CYBERJAYA, 19 Julai 2015 --- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memutuskan untuk menyekat laman sesawang yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara, iaitu The Sarawak Report kerana telah memaparkan kandungan yang masih tidak dapat dipastikan kesahihannya dan sedang dalam siasatan, setelah menerima maklumat dan aduan daripada orang ramai. ...

Sekatan terhadap laman sesawang The Sarawak Report itu juga dibuat mengikut peruntukan sedia ada dalam Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan tempoh sekatan terhadap laman sesawang berkenaan berkuatkuasa untuk sementara waktu sehingga tamatnya siasatan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas.

Sehubungan itu, MCMC ingin memperingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman sosial, terutamanya kandungan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, lantaran ia mungkin kandungan palsu. Kandungan sedemikian dikhuatiri boleh mewujudkan keadaan tidak tenteram dan seterusnya menganggu-gugat kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi.

Sebarang maklumat mengenai mana-mana laman sesawang yang dipercayai menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi boleh dimajukan kepada pihak MCMC di aduanskmm@cmc.gov.my (http://aduan.skmm.gov.my).

TAMAT

 
Share this article
Follow