Media & Events

MCMC mengesahkan siasatan terhadap 'The Malaysian Insight'

12 Dec 2017
CYBERJAYA
12 Disember 2017
 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengesahkan bahawa siasatan kini sedang dijalankan terhadap laporan portal berita dalam talian ‘The Malaysian Insight’ berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai.
 
Sehubungan dengan itu, MCMC menggesa agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan memberikan ruang untuk siasatan yang adil dan saksama dijalankan. 
 
MCMC dalam pada itu akan memanggil Editor, Pengarah dan individu lain yang terlibat untuk sesi rakaman percakapan bagi membantu siasatan.
  
                                                      
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)
 
Share this article
Follow