Media & Events

Individu Hina Perdana Menteri Ditahan

30 Mar 2016
INDIVIDU HINA PERDANA MENTERI DITAHAN 
 
CYBERJAYA, 30 Mac 2016 --- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menahan seorang jurutera berumur 26 tahun dalam operasi bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya kerana memuatnaik komen yang bersifat jelik dan menghina Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di laman Facebook sebuah portal berita baru-baru ini.
 
Berdasarkan aduan yang diterima, suspek telah memberikan komen sedemikian sebagai reaksi kepada artikel yang dimuatnaik oleh portal Malaysiakini di laman Facebook portal tersebut pada 25 Mac 2016 yang lalu.
 
Dalam siasatan yang dijalankan, rakaman kenyataan suspek telah diambil di pejabat MCMC di Cyberjaya pada 28 Mac 2016. Telefon bimbit jenama Asus dan kad sim milik suspek juga telah disita untuk membantu siasatan. MCMC akan memanggil lagi beberapa individu yang telah dikenalpasti dalam waktu terdekat untuk membantu siasatan.
 
Share this article
Follow