Media & Events

Get Malaysian Business Online (GMBO)

17 Jul 2012
 
   
1)    Latar Belakang Program
  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), .my Domain Registry, Google dan iTrain telah memperkenalkan ‘Get Malaysian Business Online’ (GMBO) bagi membantu 50,000 sektor industri kecil dan sederhana (SME) di Malaysia. GMBO berfungsi untuk menggalakkan industri dalam menjalankan perniagaan secara di dalam talian. Google telah menjalankan kempen GMBO ini di beberapa pasaran antarabangsa seperti Australia, Spain, Ireland, Canada dan sebagainya. Google mengajak sektor industri kecil dan sederhana di Malaysia untuk berniaga secara di dalam talian kerana percaya akan kehebatan internet dalam memperluaskan pasaran perniagaan mereka. Malah, ianya bertujuan untuk menerapkan pemahaman mendalam terhadap kepentingan internet masa kini yang merupakan antara cara terbaik untuk membantu peningkatan ekonomi di Malaysia.
   
2)  Kelebihan
  GBMO dijangka dapat memberi kemudahan kepada semua peringkat seperti ahli perniagaan, pelanggan, ekonomi tempatan, pengguna dan secara tidak langsung kepada seluruh negara. Ianya termasuklah memperluaskan perniagaan di dalam dan luar negara kerana hampir 75% dari populasi dunia adalah pengguna internet. Banyak maklumat boleh didapati di internet hanya dengan satu klik. Perniagaan tidak tertumpu hanya pada pengguna tempatan, malah ianya dapat menarik minat pengguna dari serata dunia dengan hanya menggunakan kos yang minimum. Tambahan pula penggunaan internet adalah mudah, cepat dan tidak rumit dan boleh dilayari pada bila masa dan di mana sahaja. SKMM percaya ianya akan memudahkan urusan perniagaan dengan menyediakan maklumat berguna dan mudah didapati.
   
  Untuk mendaftar
  Langkah 1:
Daftar akaun Google (jika belum ada)
Anda hanya perlu mempunyai Google Account untuk memulakan.
* Atau hanya log masuk menggunakan akaun Yahoo atau Hotmail
  Langkah 2:
Cipta website
  Langkah 3:
Pengisian website:
1) Isi kandungan untuk muka hadapan website
2) Pilih tema yang besesuaian
3) Tambah keterangan produk dan/ atau servis
4) Pilih dan daftar alamat laman web
5) Sebarkan laman web di internet
   
  Untuk maklumat lanjut, sila layari www.getmybusinessonline.com.my 
   
  Antara contoh perniagaan dalam talian yang telah berjaya :
  - Zenith Diva (http://www.youtube.com/watch?v=POYuykUl400&feature=related)

Share this article
Follow