Media & Events

2 November 2010: Taklimat Pelaksanaan Format Baru Telefon Selular

29 Oct 2010

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan sukacitanya menjemput orang ramai untuk hadir ke majlis berikut:

MAJLIS TAKLIMAT PELAKSANAAN FORMAT BARU TELEFON SELULAR OLEH SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

Tarikh         : 2 November 2010 (Selasa)
Masa          : 9.45 pagi
Lokasi        : Auditorium, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 
                   Off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya,  
                   Selangor Darul Ehsan.

 

Masa

 

Agenda

9:45 pagi

:

Ketibaan para jemputan dan sarapan pagi

 

 

 

10:30 pagi

:

Ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Jailani Johari

Ketua Pegawai Kawalselia dan Pengawasan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

 

 

 

10:45 pagi

:

Sesi Taklimat yang Disampaikan oleh

Encik Norizan Ghazali

Ketua Jabatan Perancangan Penomboran

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

 

 

 

 

:

Sesi Q&A

 

 

 

 

:

Makan tengahari

 

 

 

Sebagai agensi kerajaan yang mengawalselia industri komunikasi dan multimedia di Malaysia, SKMM perlu memastikan pembangunan industri komunikasi adalah seimbang supaya dapat dinikmati oleh semua golongan masyarakat.

Dari konteks bidang komunikasi, permintaan pelanggan dan masyarakat perniagaan yang sentiasa bertambah menuntut SKMM untuk mengatur pelan perancangan penomboran di Malaysia dengan efisien. Dengan kepesatan penggunaan perkhidmatan telekomunikasi mudah alih di negara ini, penggunaan penomboran mudah alih sekarang tidak mampu untuk menampung pertumbuhan industri telekomunikasi negara ini.

Salah satu langkah yang diambil oleh SKMM adalah dengan menambah format baru pelan penomboran bagi perkhidmatan telefon selular awam. Di samping nombor telefon mudah alih sekarang yang strukturnya 10 angka (contoh: 019 234 5678), SKMM akan memperkenalkan struktur atau format baru nombor telefon mudah alih yang menggunakan 11 angka atau struktur 3+8 dengan menggunakan prefik 011 untuk semua pengusaha rangkaian telekomunikasi (Contoh : 011 1234 5678).

Taklimat yang akan diadakan ini akan memberi penerangan lebih lanjut tentang pelaksanaan format baru ini kepada wakil-wakil pelbagai agensi kerajaan, media, wakil industri komunikasi, para pembekal, wakil-wakil forum pengguna dan orang ramai.



 PDF

Share this article
Follow