Media & Events

Poster Amaran Henti Guna Hashtag #SIBODOHKAUDENGARSINI Bukan Dikeluarkan Oleh MCMC

20 Jan 2021
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin menegaskan, sebuah poster berbentuk amaran yang meminta agar orang ramai tidak menggunakan hashtag #SiBodohKauDengarSini menerusi laman Twitter, bukan dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya.

Poster berkenaan yang tular di media sosial mengandungi fakta kesalahan yang direka-reka meliputi aspek hukuman dan akta yang digunakan ke atas mereka yang melanggar amaran berkenaan.

Pihak MCMC akan terus mengambil langkah-langkah yang wajar bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih.
 

PDF

Share this article
Follow