Media & Events

Penjelasan Teknikal Tentang Masalah Liputan di Kg. Seri Kesinai, Padang Besar, Perlis

25 Oct 2021
PENJELASAN TEKNIKAL TENTANG MASALAH LIPUTAN DI KG. SERI KESINAI, PADANG BESAR, PERLIS

Berhubung dengan masalah liputan di Kg. Seri Kesinai, Padang Besar Perlis yang kurang memuaskan, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah turun ke kawasan pengadu dan telah mengenal pasti punca masalah.

Dalam konteks di Kg Seri Kesinai, inilah yang telah dilakukan untuk memperbaiki liputan.
 
  1. Mengoptimumkan peralatan yang sedia ada di menara berdekatan di Kg. Baharu iaitu menutup rangkaian 3G untuk menjadikannya rangkaian 4G sepenuhnya. Ini adalah supaya isyarat yang dihantar oleh peralatan tersebut mempunyai kapasiti untuk menampung data internet yang lebih tinggi.

  2. Membina menara baharu (yang telahpun siap) yang juga digunapakai untuk meningkatkan liputan ke Sungai Chuncuh Unicity yang berada di sektor liputan yang berasingan. Menara baharu ini juga akan dinilai semula untuk meningkatkan sektor liputan untuk kawasan Kg. Seri Kesinai.
Kerja pengoptimuman menara-menara komunikasi berhampiran di Kg. Baharu dan Sg. Chuncuh telah bermula hari ini, 25 Oktober dan dijangka siap pada 8 November 2021. Melalui pendekatan ini, Kg Seri Kesinai akan diberi liputan melalui dua (2) menara untuk mengatasi kekangan yang telah dikenal pasti.
 

PDF

Share this article
Follow