Media & Events

Mesej Tular Dakwa MCMC Sekat Akses Kepada Artikel Terbitan Portal Berita Luar Negara (Cont')

25 Aug 2021
MESEJ TULAR DAKWA MCMC SEKAT AKSES KEPADA ARTIKEL TERBITAN PORTAL BERITA LUAR NEGARA ADALAH TIDAK BENAR

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan dakwaan berhubung satu mesej di aplikasi WhatsApp kononnya akses kepada artikel-artikel terbitan portal berita luar negara seperti Nikkei Asia, Yahoo News!, Reuters, Al-Jazeera, The Guardian dan Washington Post telah disekat oleh pihak Suruhanjaya.

Hasil penelitian oleh MCMC mendapati, pautan-pautan (URL) yang dimaksudkan sama ada secara sengaja atau kebetulan telah diubah suai atau dipendekkan. Tindakan itu sekaligus menyebabkan sebarang klik ke atas pautan-pautan tersebut akan membawa pengguna ke halaman yang menunjukkan seolah-olah artikel-artikel yang dimaksudkan tidak lagi wujud.

Penelitian tersebut turut mendapati bahawa artikel-artikel berkenaan masih wujud, boleh diakses dan tidak dipadamkan atau diturunkan oleh portal-portal berita berkenaan. sebagaimana yang didakwa. Ini jelas menunjukkan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan berniat untuk mengelirukan pengguna Internet di Malaysia.

Sehubungan itu, orang ramai adalah digesa untuk sentiasa menilai intipati sebarang mesej yang diterima dan berhenti berkongsi berita yang belum ditentukan kesahihannya.


PDF
Share this article
Follow