Media & Events

Menara Komunikasi Terbakar Di Batu 10, Hutan Melintang Perak: Kerja-Kerja Pembaikan (Cont')

04 Jun 2021
MENARA KOMUNIKASI TERBAKAR DI BATU 10, HUTAN MELINTANG, PERAK: KERJA-KERJA PEMBAIKAN SEDANG GIAT DIJALANKAN
 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan terdapat satu insiden kebakaran menara komunikasi di Batu 10, Hutan Melintang, Perak. Kejadian berlaku sekitar pukul 7.00 pagi melibatkan sebuah menara komunikasi milik pihak Digi yang dikongsi bersama dengan Celcom dan Maxis.

Punca kebakaran di menara komunikasi berkenaan bagaimanapun masih belum diketahui dan sedang dalam siasatan. Ekoran daripada insiden kebakaran tersebut, gangguan liputan komunikasi dan Internet dijangka berlaku bagi tempoh beberapa hari.

Pihak MCMC telah mengarahkan semua penyedia perkhidmatan yang berada di menara komunikasi tersebut untuk melaksanakan kerja baik pulih dengan kadar segera dan difahamkan kerja-kerja tersebut sedang giat dijalankan bagi memulihkan rangkaian komunikasi yang terjejas. Adalah dijangkakan rangkaian komunikasi yang terjejas akan pulih sepenuhnya selewat-lewatnya Ahad ini.


PDF

Share this article
Follow