Media & Events

Menara Komunikasi Di Kg. Gelong Badak, Bachok Kelantan Tumbang Akibat Cuaca Buruk

23 Jul 2021
MENARA KOMUNIKASI DI KG. GELONG BADAK, BACHOK, KELANTAN TUMBANG AKIBAT CUACA BURUK

Sebuah menara milik Redtone yang dikongsi bersama dengan Celcom, Digi dan Maxis telah tumbang dipercayai akibat kejadian hujan lebat dan angin kencang di Kg. Gelong Badak, Bachok pada 22 Julai 2021 sekitar pukul 7.00 petang.

Ekoran daripada kejadian tersebut, gangguan liputan komunikasi dan Internet dijangka berlaku bagi pelanggan Celcom, Digi dan Maxis di kawasan sekitarnya.

Lantaran itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Redtone telah turun ke lokasi pagi tadi bagi menjalankan siasatan lanjut selain mencari jalan penyelesaian segera untuk mengatasi masalah liputan yang terganggu akibat kejadian berkenaan.

Sebagai langkah awal, sebuah menara sementara Base Transceiver Station (BTS) akan didirikan di lokasi kejadian dengan secepat mungkin bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat buat sementara waktu. Kerja-kerja memulihkan liputan dijangka siap selewatlewatnya pada penghujung bulan Julai 2021.

PDF
 
Share this article
Follow