Media & Events

MCMC Tangani Kelewatan Naik Taraf Pelanggan Jalur Lebar Tetap Di Kampung Lahar Tiang (Cont')

02 Sep 2021
MCMC TANGANI KELEWATAN NAIK TARAF PELANGGAN JALUR LEBAR TETAP DI KAMPUNG LAHAR TIANG, KEPALA BATAS, PULAU PINANG

Susulan aduan mengenai kelewatan pihak TM untuk menaiktaraf pelanggan Streamyx ke Unifi di Kampung Lahar Tiang, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan bahawa MCMC telah mengambil tindakan untuk menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan lanjut terhadap aduan tersebut.

Bagi tujuan itu, satu pertemuan antara pihak MCMC Negeri Pulau Pinang bersama-sama dengan wakil pihak TM, pengadu dan wakil penduduk Kampung Lahar Tiang telah diadakan pada Sabtu, 28 Ogos 2021. Tindakan kerja-kerja untuk menaiktaraf liputan jalur lebar tetap di Kampung Lahar Tiang dan kawasan berhampiran sedang berjalan dan dijangka akan dapat disiapkan pada pertengahan bulan Oktober 2021.
                  

Sebanyak 240 premis jalur lebar tetap dengan kapasiti gigabit akan disediakan dan dijangka mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengadu dan juga para penduduk di Kampung Lahar Tiang, Kampung Permatang Setar, Kampung Permatang Durian, Kampung Permatang Langsat, Pengkalan Udara Bomba dan Penyelamat, Pusat Komuniti dan Perpustakaan Desa.

Kerja menaiktaraf ini adalah sebahagian dari Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa pertama yang telah dirangka untuk memberikan liputan yang lebih meluas.

PDF

 
Share this article
Follow