Media & Events

MCMC Rakam Penghargaan Kepada Syarikat Telekomunikasi Di Atas Inisiatif Mereka Bantu Calon-Calon SPM, STPM Dan Golongan B40

19 Dec 2020
MCMC RAKAM PENGHARGAAN KEPADA SYARIKAT TELEKOMUNIKASI ATAS INISIATIF MEREKA BANTU CALON-CALON SPM, STPM DAN GOLONGAN B40

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin merakamkan penghargaan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi negara atas usaha mereka menyediakan pelbagai kemudahan kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan isi rumah B40 bagi membolehkan golongangolongan terbabit menikmati kemudahan Internet.

Bakal dilaksanakan bermula pada suku pertama 2021 nanti, inisiatifinisiatif yang dimaksudkan itu termasuklah pelaksanaan Pakej Data Khas kepada calon-calon SPM dan STPM sehingga tamat peperiksaan pada akhir April 2021. Di bawah Pakej Data Khas berkenaan, lima (5) syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia (TM) akan menawarkan kemudahan pas data prabayar pada harga RM20 untuk 15GB bagi tempoh 30 hari bermula 6 Januari 2021. Manakala program Learning From Home (LFH) oleh syarikat YTL telah dilanjutkan sehingga berakhirnya peperiksaan SPM dan STPM. Di bawah LFH ini, pakej percuma dan kad SIM juga ditawarkan kepada para pelajar di seluruh negara. Para pelajar daripada golongan B40 juga boleh memohon untuk mendapatkan telefon bimbit secara percuma.

Selain itu, lima (5) syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, TM dan YTL masing-masing akan melanjutkan kelas-kelas dalam talian percuma mereka. Senarai kelas dalam talian percuma anjuran syarikatsyarikat telekomunikasi berkenaan adalah seperti berikut:



Sementara itu, waktu operasi Pusat Internet Komuniti (PIK) kini akan dilanjutkan daripada 9.00 pagi sehingga 9.00 malam bagi memberikan peluang kepada calon-calon SPM dan STPM serta B40 untuk memanfaatkan kemudahan untuk sesi pembelajaran dan urusan seharian mereka.

Turut dilaksanakan di bawah inisiatif ini ialah pemberian capaian WIFI percuma di kawasan umum di 130 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara sehingga akhir April 2021 oleh Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, TM dan TIME.

Melalui pemberian capaian WIFI percuma, ia bukan sahaja akan membolehkan para penduduk setempat berkomunikasi dengan orang lain bahkan juga memanfaatkannya untuk menjana sumber pendapatan tambahan.

Justeru, pihak MCMC berharap agar calon-calon SPM, STPM dan kumpulan isi rumah B40 akan dapat memanfaatkan dengan sebaik mungkin kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan ini demi manfaat mereka bersama.

PDF
Share this article
Follow