Media & Events

MCMC Dan Pihak Industri Sentiasa Prihatin Keperluan Rakyat

20 Oct 2020

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama-sama dengan syarikat telekomunikasi utama negara telah pun mengambil beberapa pendekatan proaktif, bagi memastikan rakyat Malaysia terus berpeluang menikmati perkhidmatan Internet, sekalipun beberapa tempat diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan COVID-19.

Dalam konteks ini, penawaran Internet secara percuma sebanyak 1GB setiap hari di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 lalu masih diteruskan oleh syarikat telekomunikasi negara iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia (TM) dan YES sehingga 31 Disember 2020. Ini bermakna, rakyat akan dapat terus menikmati perkhidmatan Internet percuma yang ditawarkan dengan syarat kad SIM mereka adalah aktif dalam tempoh 90 hari dari tarikh pembelian atau tarikh tambah nilai terakhir tertakluk kepada syarat khas setiap penyedia perkhidmatan. Mereka boleh menggunakan Internet percuma untuk aktiviti pendidikan, persidangan video, mahupun perkhidmatan berkaitan maklumat.

Begitu juga dengan pemberian percuma kad SIM oleh penyedia perkhidmatan YES sebanyak 40GB data kepada semua ibu bapa dan pelajar di sekolah kerajaan, pelajar dan ahli fakulti institusi pengajian tinggi bagi menikmati inisiatif ‘Learn from Home.’ Penyediaan kapasiti gentian tambahan oleh TM dan TIME bagi menampung penggunaan Internet yang semakin meningkat juga dilaksanakan. Selain itu, pihak industri turut menyediakan sumber-sumber pembelajaran dalam talian secara percuma kepada rakyat termasuk kursus-kursus e-pembelajaran dari pelbagai platform. Di bawah inisiatif itu, mereka akan menikmati akses kepada aplikasi-aplikasi seperti platform mesyuarat dalam talian dan peralatan produktiviti.

Pihak syarikat-syarikat telekomunikasi turut tampil dengan tambahan pakej Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) mereka seperti berikut:

  01-1.jpg
   02-2.jpg 
03-1.jpg
 

Pihak MCMC dan syarikat-syarikat telekomunikasi berharap para pengguna di seluruh negara termasuk para penduduk di Sabah akan memanfaatkan inisiatif-inisiatif yang telah ditawarkan ini untuk urusan seharian mereka. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung inisiatif-inisiatif berkenaan boleh diajukan kepada syarikat penyedia perkhidmatan masing-masing.

PDF

Share this article
Follow