Media & Events

Kerja-Kerja Baik Pulih Menara Komunikasi Di Menara Ladang Sibol B Siap Dua (2) Hari (Cont')

20 Jun 2021
KERJA-KERJA BAIK PULIH MENARA KOMUNIKASI DI MENARA LADANG SIBOL B SIAP DUA (2) HARI LEBIH AWAL, BERI KELEGAAN KEPADA PENGGUNA

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan kerja-kerja baik pulih menara komunikasi di Menara Ladang Sibol B, Kota Tinggi yang terbakar pada pukul 7.04 malam 15 Jun lalu, berjaya dipulihkan sepenuhnya dua (2) hari lebih awal daripada yang dijadualkan. Menara komunikasi tersebut merupakan menara milik pihak Maxis yang dikongsi bersama dengan Celcom.

Justeru, pengguna setempat yang mengalami gangguan akibat kejadian tersebut kini dapat menikmati semula rangkaian komunikasi dan liputan Internet seperti sedia kala.

Sehubungan itu, pihak MCMC ingin merakamkan penghargaan kepada semua penyedia perkhidmatan yang komited melaksanakan kerja-kerja baik pulih di menara komunikasi berkenaan sehingga ia berjaya disiapkan jauh lebih awal demi kepentingan pengguna.


PDF
 
Share this article
Follow