Media & Events

Kenyataan Media Pengerusi MCMC

30 May 2014
CYBERJAYA: 30 Mei 2014 --- Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati beberapa individu dalam laman media sosial telah menghina Institusi Beraja, terutamanya berhubung kemangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah baru-baru ini.
 
“Kami sedang bertindak mengesan individu-individu tersebut dan memohon orang awam yang mempunyai sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan MCMC untuk tampil memberikan maklumat berkenaan,” kata Pengerusi MCMC, Dato' Mohamed Sharil Tarmizi.

“Kami memandang serius penghinaan sebegini dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan lunas undang-undang seperti diperuntukkan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tambah Dato' Sharil.

Tamat


 PDF

Share this article
Follow