Media & Events

Kenyataan Media: Warga B40 dan OKU yang Layak Berdaftar di Sabah & Sarawak boleh tuntut (Cont')

14 Feb 2020
Kenyataan Media: Warga B40 dan OKU yang Layak Berdaftar di Sabah & Sarawak boleh tuntut Dekoder Percuma MyFreeView di Pusat Pengagihan Terpilih​
 
  • Sebanyak tujuh (7) pusat pengagihan, iaitu satu (1) di Sabah dan enam (6) lagi di Sarawak telah dikenal pasti untuk mengagihkan dekoder percuma kepada warga B40 dan golongan OKU
  • Dekoder percuma ini memberi peluang kepada penduduk tempatan menikmati siaran TV Digital myFreeview yang berkualiti tanpa sebarang yuran bulanan  
CYBERJAYA, 13 Februari 2020 ---  Warga B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang layak dan berdaftar di negeri Sabah dan Sarawak, adalah digalakkan untuk menuntut dekoder percuma myFreeview di pusat-pusat pengagihan terdekat secara berperingkat bermula 15 Februari ini.
Sebanyak tujuh (7) pusat pengagihan, iaitu satu (1) di Sabah dan enam (6) lagi di Sarawak telah dikenal pasti untuk mengagihkan dekoder percuma kepada warga B40 dan golongan OKU tersebut daripada pukul 9:00 pagi hingga 4:30 petang. (sila lihat jadual di bawah).
 
PUSAT PENGAGIHAN DEKODER PERCUMA MYFREEVIEW DI SABAH
Lokasi Alamat Tarikh Pengagihan
Kota Kinabalu
 
Kompleks Bersepadu KKMM, Off, Jalan Lintas, Kepayan 20-22 Feb
 
 
 
 
PUSAT PENGAGIHAN DEKODER PERCUMA MYFREEVIEW DI SARAWAK
Lokasi Alamat Tarikh Pengagihan
Kuching
 
Aeroville Mall, Kuching
Lot 19923 (Phase 2) Block 11, Jalan Stutong Baru
15-16 Feb
E-Mart Batu Kawah, Kuching
Lot 6369, Block 225 KNLD, 4th Mile, Jalan Batu Kawa, Taman Desa Wira
17-18 Feb
Miri E-Mart Tudan, Miri
Emart Commercial Centre Block B, Phase 3, Jln Tudan, Tudan
26 Feb
Dewan Suarah Miri, Miri
Jalan Merdu
27-28 Feb
Bintulu Times Square Mall, Bintulu 1-2 Mac
 
Sibu
SMK Nangka, Sibu
Jalan Tun Abang Haji Openg, Pekan Sibu
7-8 Mac
 

Orang ramai dinasihatkan untuk membawa bersama kad pengenalan untuk tujuan pengesahan. Selain itu, sekiranya anda ingin menyemak kelayakan untuk mendapatkan dekoder percuma, sila mengikuti langkah-langkah seperti berikut:
  1. Melalui SMS: Taip MYTV (jarak) DEKODER (jarak) (nombor kad pengenalan anda) dan hantar ke 15888, atau
  2. Layari: www.mytvbroadcasting.my/B40, atau
  3. Hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan myFreeview di talian 1-300-80-6988 atau 1-800-18-1088
 
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh layari www.myFreeview.tv atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1-800-18-1088 atau 1-300-80-6988 daripada pukul 8:00 pagi sehingga 10:00 malam setiap hari, termasuk cuti umum. Permohonan set dekoder percuma untuk warga B40 yang layak juga boleh dibuat melalui e-mel ke digitaltv@mcmc.gov.my.

Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
MCMC adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (ASKMM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. MCMC mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian, perkhidmatan pos dan pensijilan digital. Akta Komunikasi dan Multimedia mengadakan peruntukan kepada MCMC peranan melaksanakan dasar, manakala dasar membuat keputusan adalah diperuntukkan kepada Menteri. Untuk maklumat lanjut, layari www.mcmc.gov.my atau hubungi:
 
Kamalavacini Ramanathan
Pengarah, Jabatan Komunikasi Korporat
+60102251073
 
Markus Lim Han King
Timbalan Pengarah, Jabatan Komunikasi Korporat
+6012-2995027
 
Mohd Faizal Azizan
Timbalan Pengarah, Jabatan Komunikasi Korporat
+6011-2828 6745

PDF

Share this article
Follow