Media & Events

Isu Kualiti Penerimaan Perkhidmatan Siaran TV Digital Myfreeview Giat Ditangani; Hubungi MYTV

19 Oct 2019
ISU KUALITI PENERIMAAN PERKHIDMATAN SIARAN TV DIGITAL MYFREEVIEW GIAT DITANGANI; HUBUNGI MYTV CARELINE UNTUK BANTUAN LANJUT

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil maklum mengenai kekecewaan yang diluahkan oleh segelintir rakyat terhadap kualiti penerimaan perkhidmatan siaran TV Digital myFreeview baru-baru ini.

Untuk makluman semua, perkhidmatan TV Digital myFreeview telah disediakan kepada rakyat melalui kaedah terestrial yang mana liputan telah mencapai 95% di kawasan berpenduduk dan melalui kaedah langsung ke rumah iaitu direct to home (DTH) bagi meliputi 98% kawasan berpenduduk serta kawasan-kawasan terlindung yang sukar menerima siaran myFreeview melalui kaedah terestrial. Rakyat adalah digesa untuk mendapatkan khidmat nasihat melalui MYTV Careline untuk memastikan sama ada mereka berada di bawah kawasan liputan terestrial atau DTH.

Dekoder DTT dan aerial UHF diperlukan bagi menerima siaran DTT manakala dekoder DTH berserta piring diperlukan bagi penerimaan siaran DTH. Kualiti penerimaan siaran TV Digital myFreeview akan terjejas sekiranya pengguna menggunakan dekoder dan antena tiruan yang dijual di pasaran serta penggunaan kabel yang salah. Sila pastikan anda membeli dekoder yang telah disahkan oleh MCMC atau SIRIM.

Berikut adalah panduan bagi mendapatkan siaran digital myFreeview yang berkualiti:
i. Pasangkan dekoder DTT atau DTH ke set TV sedia ada berserta antena UHF luaran (digalakkan) atau dalaman.

ii. Sebagai pilihan, sambungkan antena UHF ke set Integrated Digital TV (IDTV) dengan label DTTV yang telah dilengkapi dengan dekoder, atau

iii. Dapatkan dekoder DTH berserta aksesori sekiranya berada di kawasan liputan DTH. Terdapat pelbagai pilihan yang boleh dibeli daripada laman sesawang myfreeview.tv.

iv. Antena - Gunakan antena UHF luaran yang menghala ke arah sistem pemancar TV Digital yang berdekatan bagi mendapatkan siaran. Penggunaan antena sedia ada juga boleh digunakan. Pastikan sebarang alatan sambungan (kabel RG6) berada dalam keadaan baik. Untuk bantuan pemasangan antena yang betul layari http://www.mytvbroadcasting.my/pemasang_berdaftar/

v. Penalaan - Siaran TV Digital myFreeview dihantar melalui dua frekuensi dari stesen pemancar. Penalaan ini boleh dibuat secara automatik atau manual. Talaan secara automatik akan dapat menerima kesemua saluran myFreeview. Sekiranya talaan dibuat secara manual, pengguna hendaklah membuat dua (2) kali penalaan untuk setiap frekuensi. Untuk maklumat frekuensi: http://www.mytvbroadcasting.my/pdf/Lists-offrequency.pdf

vi. Soalan-soalan Lazim boleh didapati di http://www.mytvbroadcasting.my/faq/

vii. Panduan video tutorial cara pemasangan, http://www.mytvbroadcasting.my/pemasangan_video/

viii. Untuk bantuan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088 daripada pukul 8.00 pagi – 10 malam setiap hari, termasuk cuti umum.

Usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah berbangkit sedang diambil pada masa nyata. MCMC akan sentiasa memantau keadaan agar setiap rakyat Malaysia dapat menikmati siaran TV Digital myFreeview yang berkualiti.

PDF
Share this article
Follow