Media & Events

Capaian Internet Lemah Di Kampung Kongsi 14, MCMC Siasat Aduan Yang Dikemukakan

22 Sep 2020
Susulan pendedahan bahawa ratusan penduduk di Kampung Kongsi 14, Bukit Selambau, Kedah terpaksa menggunakan tiang, baldi dan tali untuk menikmati kemudahan Internet, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan bahawa pihaknya telah turun padang ke kawasan berkenaan pada 18 September dan 20 September lalu bagi menyiasat aduan yang dibangkitkan.

Satu pertemuan antara pihak MCMC dengan komuniti setempat telah pun diadakan bagi memahami keperluan dan kehendak penduduk di kawasan berkenaan.

Sebagai langkah sementara dalam meringankan kesusahan yang dihadapi penduduk setempat di Kampung Kongsi 14, MCMC bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan di kampung tersebut untuk tampil dengan jalan penyelesaian sementara.

Untuk penyelesaian secara menyeluruh, solusi jangka panjang menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sedang dirancang dan akan dilaksanakan dalam sedikit masa lagi.

MCMC memandang serius aduan yang dikemukakan dan memberi jaminan bahawa aduan penduduk di Kampung Kongsi 14, akan ditangani dengan sewajarnya.

PDF
Share this article
Follow