Media & Events

PEDi sedia latihan komprehensif untuk usahawan IKS

06 Jun 2022, All Asia News
TUARAN: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) menyediakan latihan komprehensif untuk golongan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, peranan PEDi amat penting dalam membantu usahawan mempelajari berkenaan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) untuk mempromosikan produk-produk yang dihasilkan. "Para usahawan didedahkan dan diajar berkaitan dengan kaedah penjualan secara dalam talian melalui platform sedia ada, latihan e-commerce, kaedah menguruskan bayaran dalam talian, cara untuk menggunakan khidmat rider yang disediakan serta banyak lagi.

"Kita dapat melihat selepas usahawan kita hadir mengikuti latihan yang disediakan oleh PEDi, ada antara mereka berjaya meningkatkan hasil jualan mereka daripada RM 2,000 kepada RM 20,000 sebulan. "Saya berharap agar lebih ramai usahawan datang untuk mendapatkan latihan dan khidmat nasihat di PEDi yang disediakan di seluruh Malaysia khususnya di Sabah," ujamya kepada media selepas sesi lawatari ke PEDi PPR Rugading, pada Sabtu. Sejak mula beroperasi enam tahun lepas, PEDi PPR Rugading mempunyai seraimai 1,355 orang ahli Persatuan Usahawan Digital IKS yang berdaftar dari seluruh Sabah termasuklah dari daerah Semporna dan Lahad Datu.

Turut hadir pada sesi lawatan tersebut ialahTimbalan Ketua Setiausaha Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif K-KOMM, Mastura Ahmad Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid, Ketua Pegawai Sektor Pembangunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Nizam Arshad, Ketua Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri SKMM, Rosian Mohamad dan Pengarah SKMM Sabah, Izani Othman.- PENERANGAN.
Share this article
Follow