Media & Events

Kurier Malaysia komited bina hubungan teguh dengan masyarakat tempatan

02 May 2023, Buletin TV3

KUALA LUMPUR: Sejumlah 1,317 kurier Malaysia komited untuk membina hubungan yang teguh dengan masyarakat tempatan, berdasarkan dapatan kajian Expressing Local Love 2023 Shopee Express yang dijalankan antara 9 Mac 2023 dan 31 Mac 2023.

Dalam kenyataan hari ini, Shopee Express berkata 87 peratus daripada kurier yang ditinjau menyediakan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang boleh dipercayai, melibatkan diri dengan orang dari pelbagai budaya dan memperolehi kefahaman yang lebih mendalam tentang kawasan yang mereka beroperasi.

Manakala, selebihnya percaya bahawa kerja mereka membolehkan perniagaan tempatan mengembangkan jangkauan pasaran, yang menyumbang kepada pertumbuhan mereka dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

Kajian tersebut turut menyatakan bahawa kejayaan perniagaan dan komuniti sangat bergantung pada kurier,  khususnya perniagaan tempatan, mereka sentiasa menyesuaikan diri untuk memenuhi permintaan pelanggan yang berubah.

Ia disokong dengan fakta bahawa 80 peratus kurier menghantar sekurang-kurangnya 80 bungkusan setiap hari, manakala selebihnya mengendalikan bilangan bungkusan yang lebih kecil disebabkan komitmen lain.

Sebanyak 80 peratus kurier mengutamakan keperluan pelanggan dengan mengambil kira faktor seperti kesegeraan, lokasi dan masa, manakala 20 peratus mengambil kira keupayaan mereka sendiri, seperti saiz bungkusan, berat, dan pesanan yang diterima, semasa menilai kebolehlaksanaan penghantaran bungkusan.

Sebanyak 56 peratus kurier Shopee Express menikmati fleksibiliti dan rehat kerja, 25 peratus menghargai peluang untuk mengambil alih kejayaan termasuk kerja keras mereka serta 19 peratus lagi menghargai kerja berpasukan dan kursus latihan yang datang dengan menjadi sebahagian daripada komuniti.

Sejumlah 80 peratus kurier yang ditinjau mengenal pasti kejujuran serta kebolehpercayaan sebagai penting, mereka bertanggungjawab untuk menghantar bungkusan dengan selamat serta tepat pada masanya kepada pelanggan.

Ketua Shopee Express Cheah Lee Sun berkata kurier Shopee Express jelas memainkan peranan penting dalam komuniti yang mereka berkhidmat.

“Kami menghargai usaha gigih mereka untuk menyelesaikan penghantaran tepat pada masanya dan membina hubungan yang lebih kukuh dengan pelanggan.

“Sebagai tulang belakang perniagaan, kami di sini mendengar keperluan mereka dan menampung mereka sebanyak mungkin,” katanya.

Share this article
Follow