Media & Events

Kerajaan prihatin nasib kartunis

06 Mar 2012, Utusan Malaysia
JIKA para penggiat perfileman mendapat bantuan berupa geran dan dana menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), golongan kartunis pula dibantu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) itu misalnya menyediakan dana RM5 juta di bawah skim Dana Pembangunan Industri Kreatif untuk golongan kartunis seperti yang diumumkan Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada 19 Julai tahun lalu. Pada suatu majlis bagi penyerahan geran daripada dana itu yang disampaikan oleh Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan, beliau berkata perubahan dan trend dunia kartun itu mendapat perhatian kerajaan. "Dunia kartun dan animasi yang berkembang pesat menyebabkan banyak peluang baru dapat diwujudkan dan bukan setakat melukis di atas kertas untuk bahan siaran di majalah humor satira semata-mata. "Isunya di sini ramai di antara kartunis tempatan sebelum ini hanya makan gaji atau sekadar menjadi pelukis sambilan untuk sesebuah majalah dengan pendapatan tidak menentu. Jadi, geran seperti ini diharap dapat membantu mereka. "Saya mengetengahkan isu ini kepada Menteri KPKK selepas saya didatangi oleh beberapa kartunis yang mengadu pendapatan mereka semakin berkurangan dan tidak tahu ke mana hala tuju karya-karya mereka selepas ini," ujarnya. Sohaimi yang juga merupakan bekas kartunis dan guru kemudiannya memberitahu, dia bersyukur apabila hasil keprihatinan KPKK, kementerian itu akhirnya bersetuju menyalurkan dana permulaan berjumlah RM5 juta buat golongan kartunis. Dengan adanya dana yang disalurkan melalui Konsortium Cartoonist At Work (CAW) itu, dia yakin lebih banyak karya-karya kartun yang bermutu dapat diperkembangkan siarannya selain meningkatkan taraf hidup kartunis terbabit. "Sebenarnya, golongan kartunis selamanya ini dalam dilema iaitu mereka mempunyai perasaan rasa rendah diri. Golongan kartunis dianggap dalam kelas kedua, apatah kerja dan pendapatan mereka tidak menentu, selain kurang dihargai. "Dengan adanya dana seperti ini mereka diharap dapat keluar daripada kepompong itu. Kalau dulu golongan kartunis melukis kartun di atas kertas tetapi sekarang ini mereka melakukannya di atas komputer atau notebook. "Malah, kalau dulu mereka bekerja dengan majalah milik orang lain tetapi sekarang ini dengan modal yang ada mereka menubuhkan syarikat produksi sendiri dan berusaha menerbit serta memasarkan produk masing-masing," ujarnya. Dengan bajet atau kos sekitar RM45,000 bagi menerbitkan sebuah episod animasi untuk siaran televisyen, kartunis terbabit juga berpeluang memasarkan produk mereka kepada stesen-stesen TV di luar negara. "Isunya di sini ramai di antara kartunis tempatan sebelum ini hanya makan gaji atau sekadar menjadi pelukis sambilan untuk sesebuah majalah dengan pendapatan tidak menentu. Jadi, geran seperti ini diharap dapat membantu mereka. "Saya mengetengahkan isu ini kepada Menteri KPKK selepas saya didatangi oleh beberapa kartunis yang mengadu pendapatan mereka semakin berkurangan dan tidak tahu ke mana hala tuju karya-karya mereka selepas ini," ujarnya. Sohaimi yang juga merupakan bekas kartunis dan guru kemudiannya memberitahu, dia bersyukur apabila hasil keprihatinan KPKK, kementerian itu akhirnya bersetuju menyalurkan dana permulaan berjumlah RM5 juta buat golongan kartunis. Dengan adanya dana yang disalurkan melalui Konsortium Cartoonist At Work (CAW) itu, dia yakin lebih banyak karya-karya kartun yang bermutu dapat diperkembangkan siarannya selain meningkatkan taraf hidup kartunis terbabit. "Sebenarnya, golongan kartunis selamanya ini dalam dilema iaitu mereka mempunyai perasaan rasa rendah diri. Golongan kartunis dianggap dalam kelas kedua, apatah kerja dan pendapatan mereka tidak menentu, selain kurang dihargai. "Dengan adanya dana seperti ini mereka diharap dapat keluar daripada kepompong itu. Kalau dulu golongan kartunis melukis kartun di atas kertas tetapi sekarang ini mereka melakukannya di atas komputer atau notebook. "Malah, kalau dulu mereka bekerja dengan majalah milik orang lain tetapi sekarang ini dengan modal yang ada mereka menubuhkan syarikat produksi sendiri dan berusaha menerbit serta memasarkan produk masing-masing," ujarnya. Dengan bajet atau kos sekitar RM45,000 bagi menerbitkan sebuah episod animasi untuk siaran televisyen, kartunis terbabit juga berpeluang memasarkan produk mereka kepada stesen-stesen TV di luar negara.
Share this article
Follow