Media & Events

Internet percuma 1GB sehingga 31 Dis 2020

05 Jun 2020, Bernama

PUTRAJAYA, 5 Jun  -- Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi menyediakan kemudahan internet berkapasiti 1GB secara percuma kepada semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang, kata  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA), beliau berkata inisiatif internet percuma itu disediakan sehingga 31 Dis 2020 yang antara lain membolehkan pengguna melayari laman web pendidikan dan aplikasi persidangan video.

"Selain itu semua pengguna akan mendapat akses secara percuma tanpa had laman web kerajaan dan aplikasi COVID-19 kerajaan khususnya MySejahtera," katanya.     

Share this article
Follow