Media & Events

333,964 dekoder percuma myFreeview percuma diagihkan mulai bulan ini sehingga November depan

19 Jun 2020, Berita RTM

PEKAN, 19 Jun - 333 Ribu 964 set dekoder myFreeview percuma diagihkan kepada pemohon yang layak bermula bulan ini sehingga November depan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, ia sudah mula diagihkan secara berperingkat kepada penerima yang majoritinya isi rumah kumpulan B40 dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Beliau berkata, pemberian set dekoder myfreeview secara percuma itu adalah untuk memastikan tiada golongan yang tercicir dalam mengakses informasi dan hiburan secara percuma dan berkualiti melalui penyiaran TV digital.

Beliau memaklumkannya selepas program sepakat@ komuniti Gugusan Felda Chini di Dewan Semai Bakti Felda Chini 5, Pekan, Pahang.

Pada majlis ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia SKMM mengagihkan set dekoder percuma kepada 20 penerima di Chini.

Share this article
Follow