Sesi Taklimat Laporan Suku Tahun Kedua JENDELA

Sesi taklimat secara maya kepada media mengenai Laporan Suku Tahun Kedua JENDELA disampaikan oleh Pengerusi MCMC di Pejabat MCMC Cyberjaya.

Turut hadir adalah pengurusan tertinggi MCMC, Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Pemberi Perkhidmatan dan Ketua Pegawai Telekomunikasi.
 
Fasa 1 JENDELA sudah pun bermula dan akan berterusan sehingga akhir tahun 2022, dengan memberi fokus kepada usaha memperluaskan akses jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit, memperluaskan liputan jalur lebar mudah alih 4G di kawasan berpenduduk; mempertingkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih serta penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir tahun 2021, bagi tujuan pemantapan rangkaian 4G dan memperkukuhkan rangkaian asas bagi 5G.
 
 
Related Content
Share this article
Follow