Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) di Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak

Seiring dengan usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi dalam merapatkan jurang digital dengan rangkaian yang menyeluruh serta pembangunan ekonomi digital, MCMC pada hari ini telah menganjurkan sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) di Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak.

Sambutan hari ini telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak YB Datuk Haji Julaihi Haji Narawi, dan Ketua Pegawai Operasi, MCMC YBhg Dato' Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

MCMC berharap agar dengan sambutan WTISD 2023 pada hari ini dapat memperkasa dan menunjukkan kemampuan untuk memupuk gaya hidup digital dalam kalangan masyarakat yang seiring dengan aspirasi kerajaan dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi digital negara.
 
 
Related Content
Share this article
Follow