Pertemuan antara Pengerusi MCMC bersama Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) bagi membincangkan berkenaan keperluan koordinasi antara MCMC dan J-KOM dalam menguruskan isu-isu berkaitan kandungan di media sosial

Pada hari ini telah berlangsung satu pertemuan antara Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din diiringi oleh Ahli Suruhanjaya Prof. Dr. Mohamad Salmi Mohd Sohod bersama Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff bagi membincangkan berkenaan keperluan koordinasi antara MCMC dan J-KOM dalam menguruskan isu-isu berkaitan kandungan di media sosial. 

Pemerkasaan kerjasama sebegini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa serta mengambilkira keperluan terkini dalam memberikan maklumat atau berita yang sahih dan tepat kepada masyarakat, melalui komunikasi strategik Kerajaan bersama komuniti.
 
 
Related Content
Share this article
Follow