MIV Excellence Awards 2022 (MEA 2022)

Sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan MIV 2022 atau lebih dikenali sebagai MIV Excellence Awards 2022 (MEA 2022) yang dianjurkan pada 16 Disember 2022 yang lalu bagi bertujuan untuk menghargai sumbangan sukarelawan dan memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah mencurah khidmat bakti kepada masyarakat serta berjaya mencapai sasaran program dalam inisiatif Sukarelawan ICT Malaysia (MIV).

Seramai 31 sukarelawan yang memberi inspirasi telah dipilih dalam kategori masing-masing untuk menerima Anugerah MIV Excellence Awards 2022. Kategori-kategori tersebut adalah MIV bersama Sekolah, MIV bersama IPT dan IIV(Institut Pengajian Tinggi dan Sukarelawan ICT Antarabangsa), MIV bersama Komuniti, Video MIV Terbaik dan Anugerah Khas MIV.

Diharapkan program seperti ini dapat meningkatkan tahap literasi digital dalam komuniti dan mendidik mereka mengenai pengunaan ICT secara selamat, serta menarik lebih ramai sukarelawan menabur bakti dalam inisiatif ini.
 
 
Related Content
Share this article
Follow