Majlis MCMC Star Rating Awards 2021

Sekitar Majlis MCMC Star Rating Awards 2021 yang berlangsung pada 21 Disember 2022 bagi meraikan 24 penerima anugerah yang melibatkan pemegang lesen dari industri telekomunikasi, penyiaran serta pos dan kurier yang telah memainkan peranan penting dalam penyediaan perkhidmatan terbaik kepada semua.

Anugerah ini diadakan untuk mengalakkan persaingan sihat dalam kalangan penyedia perkhidmatan dan memastikan perkhidmatan yang terbaik terus dapat disediakan kepada pengguna. 

Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil dan turut hadir ialah YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YBhg. Dato' Sri Haji Mohammad Bin Mentek, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital dan YBhg. Dato' Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua Pegawai Operasi MCMC.

Diharap Majlis seperti ini dapat menjadi pendorong kepada semua penyedia perkhidmatan seterusnya dapat meningkatkan lagi prestasi dan memastikan kecemerlangan dalam perkhidmatan kepada semua pengguna.
 
 
Related Content
Share this article
Follow