Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Perak

Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) memerlukan kerjasama daripada banyak pihak terutamanya Kerajaan Negeri. Dengan perancangan yang teliti, natijah baiknya bakal dapat dinikmati segenap lapisan masyarakat melalui peluasan liputan dan peningkatan kualiti perkhidmatan secara menyeluruh.

Pengerusi MCMC telah membentangkan rancangan pelaksanaan pelan JENDELA di Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Perak yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Haji Saarani Mohamad. Turut diperbincangkan adalah usul supaya telekomunikasi diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Perak sebagai utiliti awam ketiga selain elektrik dan air.

Sebanyak 147 menara baharu bakal dibina dan 1,406 kerja naik taraf bakal dilaksanakan di kawasan bandar, pinggir bandar, luar bandar dan pedalaman bagi meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan komunikasi 4G. Disamping itu, sebanyak 216,899 premis pula bakal mendapat akses kepada gentian optik di bawah rancangan pelaksanaan JENDELA Fasa 1 (2020-2022) di Negeri Perak, melibatkan jumlah pelaburan daripada pihak industri dan Kerajaan yang dianggarkan berjumlah RM1.459 bilion.

Komitmen MCMC adalah untuk terus bersama Kerajaan Negeri, menawarkan kepimpinan dan berkongsi buah fikiran terutamanya dalam aspek penambahbaikan dasar dan proses bagi industri komunikasi dan multimedia.
 
 
Related Content
Share this article
Follow